12 Contoh Ayat Jemputan Kahwin untuk WhatsApp (Formal & Santai)

· MomenKita
12 Contoh Ayat Jemputan Kahwin untuk WhatsApp (Formal & Santai)

Dah ada kad kahwin digital, tapi tak tahu nak tulis apa bila hantar di WhatsApp? Ini contoh ayat jemputan kahwin yang boleh korang salin dan ubah ikut gaya sendiri. Tukar sahaja nama, tarikh dan link kad.

Ayat jemputan formal (untuk keluarga dan orang tua)

1. Formal ringkas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan penuh kesyukuran, kami sekeluarga menjemput Tuan/Puan ke majlis perkahwinan anakanda kami, Aiman & Afrina, pada 12 Disember 2026.
Butiran majlis dan RSVP: momenkita.my/aiman-afrina
Kehadiran dan doa restu Tuan/Puan amat kami hargai.

2. Daripada ibu bapa

Assalamualaikum. Kami, Encik Ahmad dan Puan Salmah, dengan segala hormatnya menjemput Dato'/Tuan/Puan sekeluarga ke Majlis Walimatul Urus anakanda kami. Sila tekan link di bawah untuk maklumat lokasi dan sahkan kehadiran. Semoga Allah memudahkan perjalanan.

3. Untuk saudara jauh

Assalamualaikum Mak Long. Insya-Allah majlis kahwin Afrina akan berlangsung tidak lama lagi. Kami sangat berharap Mak Long sekeluarga dapat datang. Semua maklumat ada dalam link ini. Kalau dapat hadir, tekan butang RSVP ya.

Ayat jemputan santai (untuk kawan)

4. Santai dan mesra

Hai korang! Akhirnya sampai juga giliran aku 😆 Jemput datang majlis kahwin aku nanti. Tarikh, lokasi dan peta semua ada dalam link ni. Jangan lupa RSVP tau!

5. Untuk group kawan sekolah

Geng! Lama tak jumpa kan. Jom reunion sekali kat majlis kahwin aku. Link kad: momenkita.my/aiman-afrina. Isi RSVP supaya aku boleh simpan tempat untuk korang.

6. Untuk kawan yang jauh

Aku tahu kau jauh, tapi kalau ada rezeki nak balik, datanglah majlis aku. Kalau tak dapat datang pun takpe, tinggalkan ucapan dalam kad ni. Bermakna sangat untuk aku.

Ayat untuk rakan sekerja

7. Untuk group pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya dengan rendah hati menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan saya. Butiran majlis ada dalam pautan di bawah. Mohon sahkan kehadiran melalui RSVP dalam kad. Terima kasih.

8. Untuk bos atau ketua jabatan

Assalamualaikum Tuan. Saya ingin menjemput Tuan sekeluarga ke majlis perkahwinan saya. Semua maklumat termasuk lokasi ada dalam pautan ini. Kehadiran Tuan amat saya hargai.

Ayat peringatan sebelum majlis

9. Peringatan 3 hari sebelum

Assalamualaikum. Sekadar peringatan mesra, majlis kami akan berlangsung hari Sabtu ini. Peta lokasi dan maklumat parkir ada dalam link kad. Jumpa nanti, insya-Allah!

10. Peringatan RSVP

Hai! RSVP untuk majlis kami akan ditutup minggu ini. Kalau belum sahkan kehadiran, boleh tekan link ni dan isi dalam masa satu minit je. Terima kasih banyak!

Ayat terima kasih selepas majlis

11. Terima kasih umum

Terima kasih kepada semua yang hadir dan mendoakan kami. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian. Semua ucapan korang kami simpan dan baca berulang kali 🤍

12. Terima kasih bersama video

Alhamdulillah, majlis kami selamat berlangsung. Ini sedikit kenangan dalam bentuk video. Terima kasih kerana meraikan hari bahagia kami.

Tip menulis ayat jemputan di WhatsApp

  • Letak link di baris sendiri supaya pratonton kad keluar dengan kemas.
  • Hantar secara peribadi kepada orang tua dan saudara terdekat, bukan hanya dalam group.
  • Guna link dengan nama tetamu supaya kad terus tulis "Kepada Pak Long" atau "Kepada Kak Yam".
  • Jangan terlalu panjang. Butiran penuh sudah ada dalam kad.

Belum ada kad digital? Baca cara buat kad kahwin digital dengan RSVP, atau terus tempah kad MomenKita. Siap dalam 24 jam.

Kad kahwin digital RM50, siap 24 jam

RSVP, ucapan bergambar, galeri dan video montage percuma. Upload design sendiri atau pilih template.

Tempah sekarang →

Baca juga